top of page
Search
  • Writer's pictureAniqist

Penghargaan buat Perempuan dalam Buku Interaksi ke Cakerawala


Tuhan memilih wanita untuk membawa nyawa selama sembilan bulan dan menghidupkan nyawa lain. Setiap kelahiran akan didoakan untuk menjadi sebuah harapan. Harapan untuk menjadikan dunia lebih baik. Saya begitu kagum dan bangga dengan kaum sendiri sehingga saya palitkan sedikit puisi tentang perempuan dalam buku Interaksi ke Cakerawala. Dari Perempuan halaman 17, Celak di Kelopak Mata halaman 75, Gemala halaman 83, Srikandi halaman 113, Wanita Cantik halaman 263, Bunga Aku halaman 269, Gadis pelangi halaman 275, dan Mahkota Bunga halaman 291. Saya berasa bahawa wanita itu luar biasa dan mempunyai keunikan dan semangat yang tidak akan ditemui dalam sifat lelaki.


Saya harap agar generasi wanita akan lebih banyak lagi memilih untuk mengejar impian, menjadikan buku dan ilmu sebagai pendamping perjalanan hidup serta percaya pada diri kerana mereka adalah gemala dan tidak patut takut untuk jadi apa yang diinginkan. Belajarlah kamu sehingga dapat apa yang diinginkan. Belajarlah kamu sehingga ilmu semakin menebal di dada. Belajarlah kamu untuk mengetahui tingginya darjat seorang perempuan dan untuk menghargai diri sendiri.


Saya harap agar semua wanita memahami nilai mereka sebagai wanita. Saya rasa tentang stereotaip mengenai wanita cantik mengikut imej yang terhasil daripada pemikiran-pemikiran tiada nilai bagus itu tidak akan menang dengan wanita yang suka menimba ilmu dan mengetahui nilai dirinya, bahkan jika patah hati pun pasti wanita itu akan mekar kembali dan berbalik ke misi dan visi hidupnya. Keindahan hanya boleh dijumpai jika seseorang itu memilih untuk mempercayai diri dan mengambil berat tentang dirinya. Dan ilmu? Ilmu akan bantu kamu. Jangan pernah meremehkan ilmu walaupun ia hanya sebutir nasi.

15 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page