top of page
Search
  • Writer's pictureAniqist

107 Spirit Gincu Gelap




Hari ini saya akan membahas tentang Spirit Gincu Gelap, puisi dalam buku Interaksi ke Cakerawala halaman 107. Cerita ini sebenarnya wujud semasa saya mengambil lesen memandu. Ada seorang pekerja di situ yang menjaga kawasan ujian memandu tidak menunjukkan sikap profesional semasa bekerja. Tidak kiralah orang yang bertanya kepadanya itu seorang yang tua atau muda, dia akan menjawab pertanyaan mereka dengan sikap yang begitu tidak disenangi orang. Saya fikir bahawa itu bukanlah sesuatu yang perlu dibiarkan dan hampir bertekak dengan pekerja itu. Akan tetapi, semasa melihat cara dan sikap pekerja itu, saya berfikir mungkin dia sebenarnya tertekan dengan sesuatu perkara. Kebiasaannya perkara ini berlaku diluar jangkaan kita. Mereka mungkin menghadapi sesuatu yang tidak diketahui oleh kita dan itu membuat saya untuk berfikiran rasional. Dan, betul tekaan saya bahawa dia sebenarnya tertekan. Mungkin hanya pada hari itu dia tidak begitu dapat mengawal perasaan kerana keesokan harinya saya ke sana, dia sangat baik dan senyumannya tidak tanggal sehingga habis tugasan.


Spirit Gincu Gelap ini saya anggap bahawa kita tidak patut memberi tanggapan maggie- iaitu secara langsung dan mudah. Kadang-kadang tanggapan yang kita beri terhadap sikap orang tidak begitu benar kerana mereka terdidik sebegitu rupa mungkin kerana ketidakadilan, kurang kasih sayang, kurang perhatian dan sebagainya yang berlaku dalam hidup mereka. Kemarahan sia-sia hanya akan menyebabkan masalah semakin rumit.


Saya percaya bahawa jika kita terpilih untuk berfikir lebih rasional, maka gunalah sebaik mungkin untuk membantu orang lain yang sudah tercemar pemikirannya untuk sedar dan pulang ke jalan yang benar. Jika anda dapat berfikir lebih baik dari orang lain, gunakanlah ia mengikut kesesuaian situasi dan keadaan. Puisi ini juga saya tulis agar kita tidak meneruskan perbualan jika kita tidak begitu pasti tentang kehidupan seseorang. Iya, seperti apa yang ada di halaman 107, "Diam lebih baik daripada bersuara tentang perkara yang tidak pasti".


26 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page